Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara terletak di Batu 3, Jalan Changlun, Kodiang, iaitu kira-kira 5KM dari pekan Kodiang dalam Mukim Keplu, Daerah Kubang Pasu. Kedudukannya di tepi cerun kaki Bukit Rawa. Ditubuhkan pada 1 Januari 1965 dengan menumpang di Rendah Tunku Bendahara dan Sekolah Rendah Chung Hwa, Kodiang. Ketika itu dinamakan Sekolah Menengah Kodiang.
Pengetua yang pertama ialah En. Bahari b. Muhammad (1965-1966). Bangunan-bangunan sekolah ini didirikan dalam tahun 1967. Pada 6 Januari 1968, dua buah bangunan baru telah digunakan unyuk menempatkan 328 orang murid terdiri daripada sembilan kelas aliran Melayu dan tujuh kelas aliran inggeris . Searamai 27 orang berkhidmat ketika itu. Untuk tahun berikutnya satu bangunan lagi telah siap didirikan menjadikan jumlah bangunan sekolah itu kepada tiga bangunan.
Pada tahun 1971 diadakan upacara pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik Al Marhum Sultan Badlishah. Nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Tunku Bendahara ketika itu. Tahun demi tahun sekolah ini terus mengalami perubahan selaras dengan perkembangan masa dan arus permodenan. Menjelang tahun 1980-an, 2 buah bangunan pasang siap dibina dan mula digunakan pada tahun 1983. Pada tahun 1984, bangunan sekolah yang dahulunya diduduki oleh sekolah rendah telah mula digunakan oleh sekolah ini, apabila sekolah rendah telah berpindah ke bangunan / tapak baru di batu 2 tahun 1989, sebuah lagi bangunan (4kelas) telah dibina antara blok sekolah rendah dahulu dengan bangunan sekolah ini yang asal.

No comments:
Post a Comment