Saturday, August 8, 2009

Johan Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan Kategori SM Luar Bandar

Tokoh NILAM Kebangsaan kategori SM Luar Bandar
(Ketiga dari kiri di hadapan)

Wednesday, May 27, 2009

Pencapaian Akademik

PEPERIKSAAN / TAHUN 2008 2007
PMR 54.98 % 36.65 %
SPM GPK : 6.63 GPK : 5.99
STPM 93.75 % 97.5 %

Pencapaian Sekolah

  1. Johan pertandingan Puisi dan Lagu Negeri Kedah 2008 - Tempat keempat peringkat kebangsaan.
  2. Kriket-Tempat ketiga peringkat Negeri 2009
  3. Bola baling-Johan Negeri Kedah 2009. Seorang pelajar mewakili Negeri ke peringkat kebangsaan.
  4. Bola sepak-Seorang pelajar mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
  5. Menembak-Tempat keempat peringkat Negeri

Pencapaian Pusat Sumber

  1. Pusat sumber cemerlang Daerah Kubang Pasu Tahun 2003-2005,2007 dan 2009.
  2. Pusat sumber cemerlang Negeri Kedah(SM Luar Bandar) tahun 2005 dan 2009.
  3. Tempat ke-6, anugerah PSS cemerlang peringkat kebangsaan 2006

Pencapaian Program Nilam

  1. Tokoh nilam daerah Kubang Pasu tahun 2004-2009
  2. Tokoh nilam Negeri Kedah tahun 2004 dan 2009
  3. Naib Johan tokoh nilam Negeri Kedah tahun 2007 dan 2008
  4. Tempat Ketiga tokoh nilam Negeri Kedah tahun 2006
Tokoh NILAM Kebangsaan 2009 kategori SM Luar Bandar

Monday, May 25, 2009

Sunday, May 24, 2009

Misi

Memartabatkan SMKTB dalam kelompok sekolah terunggul di Daerah Kubang Pasu.

Visi

  • Menjadikan prestasi cemerlang dalam PMR, SPM dan STPM
  • Melahirkan SMKTB unggul dalam kokurikulum
  • Melahirkan Pelajar yang berakhlak mulia dan berketrampilan
  • Melahirkan warga yang berbudaya teknologi terkini
  • Mewujudkan iklim yang kondusif
  • Memantapkan pengurusan kewangan sekolah dalam tempoh masa 2002-2009

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara terletak di Batu 3, Jalan Changlun, Kodiang, iaitu kira-kira 5KM dari pekan Kodiang dalam Mukim Keplu, Daerah Kubang Pasu. Kedudukannya di tepi cerun kaki Bukit Rawa. Ditubuhkan pada 1 Januari 1965 dengan menumpang di Rendah Tunku Bendahara dan Sekolah Rendah Chung Hwa, Kodiang. Ketika itu dinamakan Sekolah Menengah Kodiang.

Pengetua yang pertama ialah En. Bahari b. Muhammad (1965-1966). Bangunan-bangunan sekolah ini didirikan dalam tahun 1967. Pada 6 Januari 1968, dua buah bangunan baru telah digunakan unyuk menempatkan 328 orang murid terdiri daripada sembilan kelas aliran Melayu dan tujuh kelas aliran inggeris . Searamai 27 orang berkhidmat ketika itu. Untuk tahun berikutnya satu bangunan lagi telah siap didirikan menjadikan jumlah bangunan sekolah itu kepada tiga bangunan.

Pada tahun 1971 diadakan upacara pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik Al Marhum Sultan Badlishah. Nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Tunku Bendahara ketika itu. Tahun demi tahun sekolah ini terus mengalami perubahan selaras dengan perkembangan masa dan arus permodenan. Menjelang tahun 1980-an, 2 buah bangunan pasang siap dibina dan mula digunakan pada tahun 1983. Pada tahun 1984, bangunan sekolah yang dahulunya diduduki oleh sekolah rendah telah mula digunakan oleh sekolah ini, apabila sekolah rendah telah berpindah ke bangunan / tapak baru di batu 2 tahun 1989, sebuah lagi bangunan (4kelas) telah dibina antara blok sekolah rendah dahulu dengan bangunan sekolah ini yang asal.

Senarai Pengetua Sekolah

Mula Hingga Nama
1965 - 1966 En. Bahari b. Mohammad
1966 - 1967 Tn. Syed Osman b. Syed Nasir
1967 - 1976 En. T.P Nathan
1977 - 1979 En. Ahmad b. Hj. Othman
1980 - 1981 En. Abdul Rahim b. Abd Rahman
1981 - 1982 En. Kassim b. Saad PJK
1983 - 1988 En. Md. Desa b. Osman
1988 - 1992 En. Kassim b. Saad PJK., BCK., AMN
1992 - 1995 En. Mohd Saad b. Shafie, BCK
1995 - 1999 Tn. Hj. Idrus b. Ismail
1999 - 2001 Tn. Hj. Abdullah b. Saad
2001 - 2006 Tn. Hj. Ismail b. Ibrahim
2006 - Mei 06-07 Tn.Hj. Abu Yazit b. Zain, BCK.
2007 - Julai 08 Tn. Hj. Mohd Nasir b. Abu Bakar
2008 - Sekarang Pn. Hjh. Azizah bt. Kasa

Lagu Sekolah

Kami pelajar sedia berusaha
Sekolah mulia hasrat negara
Teguh berdiri di Bukit Rawa
Menengah Tunku Bendahara

Bersama azam tinggi menjulang
Kami berikrar tetap berjuang
Mencari ilmu tiada jemu
Gerak kerja juga begitu

Rukun negara dijunjung tinggi
Khidmat bakti kami taburi
Belajar hingga ke puncak jaya
Susila kami pelihara

Doa dan restu sama di pinta
Agar selamat di hari muka
Jaya dan jaya sekolah kita
Harum nama mu serata negara